Isnin, 10 April 2023

HAYATI SAAT BERSAMA ANAK-ANAK

PAUSE SEKEJAP 🙋‍♀️ 

Kebanyakan masa yang kita marah-marah dan runsing tak tentu pasal sebab kita lupa nak 'being mindful'.


Bila kat ofis, dok teringat anak kat rumah. Bila dah sampai rumah, runsingkan kerja yang dekat ofis.


Jarang sangat kita hayati betul-betul momen yang kita lalui.


Take time to pause.

Pejam mata.

Tarik nafas.


Cuba kesan bau yang hidung kita sedang hidu.

Rasa apa 'perasa' yang tertinggal pada lidah.

Hayati bunyi yang telinga kita sedang dengar.

Sedar, apa tekstur yang tangan dan kulit kita sedang sentuh.


Feeling the sensation itself, boleh hentikan bising-bising yang berlegar dalam kepala.


Tengok anak kita.

Bila kali terakhir kita betul-betul hayati momen dengan mereka? Betul-betul dedikasikan masa kita untuk bermain dengan mereka.

Betul-betul terbuka untuk terima emosi yang sedang mereka lalui?


Ada masanya, berbaloi untuk kita lupakan timbunan kain baju yang berlipat, pinggan di sinki yang belum berbasuh, post kawan-kawan di FB yang belum kita baca.


Cari anak, peluk dan turut serta dengan apa yang mereka sedang buat. 


Enjoy that moment. Untuk recharge balik emosi sendiri. Dan penuhi cawan emosi anak.







.